AWAL TERCIPTANYA ROHANI
Mengenai permulaan terciptanya rohani
Siapakah yang pertama wujud didalamnya? Dari apa ia wujud? Dalam apa ia wujud?. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya?. Mengenai alam semesta dan bagian-bagianya.
Perhatikah kewujudan yang rapi ini wujud kita umpama jubah yang digubah.!
Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka,mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab. Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada uang.
Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam. Melainkan sebagian kecil dari mereka yang mabuk dengan-Nya tanpa rangsangan khayalan. Mereka adalah hamba Allah yang tidak ada siapa pun yang mengetahuinya kecuali Dia, bukan hamba kesenangan. Dia biarkan mereka mendapat keuntungan dari setiap ilmu yang kelam bila Dia mau, mereka kembali ke istana mereka. Pengetahuan yang terdahulu ada dalam anasir-anasir saja, dan asas daripadanya tidak berkurangan. Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yang menyerupainya, dan keserupaan ini tidak disembunyikan. Dan pengetahuan mengenai asbab yang dengannya sumber alam wujud dalam jenis yang paling lama. Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan menyaksikan baginya dalamnya ialah Yang Paling Perkasa.
Ilmu-ilmu mengenai sfera (penyempurnaan rohani) kewujudan, besar dan kecil, adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui kekhilafan. Ini adalah ilmu orang yang mengenali penyingkapan mereka, dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala ilmu dan mengetahui apa yang tidak diketahui.
Penjelasan
Permulaan ciptaan adalah habuk (haba’) yang halus, dan yang pertama wujud didalamnya adalah Hakikat Muhammad dari ar-Rahman. Ia tidak terkandung dimana-mana karena ia tidak dikandung. Apakah dari alam muncul kepada kewujudan? Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yang diterangkan sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah ia wujud? Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Ia wujud dalam bentuk yang diketahui ada dalam diri Hakikat. Mengapa ia wujud? Ia wujud untuk menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya (tujuannya)?. Matlamatnya ialah untuk menjadi campuran yang murni, supaya setiap alam akan mengenali bagiannya dari asal tanpa campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-hakikatnya (yaitu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat penciptaan), dan mengenali sfera-sfera alam semesta dari alam ini. Dalam penggunaan kaum sufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis alam semesta yang kecil, yaitu manusia, adalah roh, puncak dan asbab bagi alam ini. Sfera-sfera alam adalah tetesan-tetesannya, pergerakan-pergerakan dan pengasingan kedudukannya.
Manusia adalah alam kecil
Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara jasadnya, maka dia tidak boleh diambil sebab lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalah layak baginya karena dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawah penguasaannya, takluknya hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukan dari hal-hal ketuhanan.
Ketahuilah pembentukan manusia yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat, setiap manusia berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasana keseksamaan, bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanan dengannya. Jadi, manusia yang beriman atau kufur. Atau yang Iainya sama dengan kebahagiaan atau kesengsaraan, sejahtera atau siksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci. Jadi, fahamkanlah! Bukakan kunci ini! Dalam tetesan ini, kita memiliki simbol siapa saja yang cerdik dan pandai serta yang lainnya adalah ungkapan yang buruk dan memalukan yang maksudnya adalah elok dan belum pernah berlaku sebelumnya.
Roh alam semesta adalah alam kecilnya
Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil ini. Jika tidak karena itu, Dia tidak akan berkata,“Aku Maha Besar, Maha Berkuasa”. “Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab Kita tidak juga kebinasaan dan tidak juga kebangkitan”.
“Jika Kita renungkan tentang-Ku, Aku adalah Yang Meliputi, Yang Maha Besar, “Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baru adalah kenyataan.” Allah Esa, tidak dikekang oleh masa. Kekurangan tidak menyentuh-Nya.
Makhluk yang nyata adalah ciptaan baru yang di dalam genggaman-Nya. Oleh sebab itu ia menyatakan bahwa Aku adalah wujud yang tidak boleh diperhitungkan, dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling wujud-Ku. Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Ku.
jadi jika ada yang mengatakan aku seorang hamba, maka aku adalah hamba yang hina. Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal. Ikhtiarkan satu kerajaan buatku dan Kita akan menemui ku atau orang kebanyakan, selagi Kita tidak melanggar batasan.
Oh Kita jahil tentang kuasa-Ku! Adakah Kita mengetahui, melihat?, Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar dan bohong.
Katakan kepada umat Kita: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun. Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan. Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang tawanan. Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau dihapuskan oleh tangan ku?
Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan
Ketahuilah perkara-perkara yang diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud mutlak karena Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbab bagi sesuatu. Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-Nya tidak lain daripada Zat-Nya. Walau bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui, tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai hakikat Zat adalah tidak mungkin kerana ia tidak diketahui juga melalui pembuktian atau logik akal dan tidak mampu disentuh oleh uraian. Allah tidak menyerupai sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana mungkin sesuatu yang serupa dengan sesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan tentang-Nya ialah“tiada sesuatu menyerupai-Nya” (42:10) dan “Allah melarang Kita tentang Diri-Nya: (3:27).
Syariat termasuk larangan memikirkan tentang Zat Allah.
Hakikat kepada hakikat-hakikat
Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidak dikandung oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya. Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui, tetapi hakikat ini tidak muncul sehingga perkara yang dinyatakan olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secara demikian. Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang selain Allah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain daripada dirinya, ia dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia tidak menerima pemecahan, jadi “setiap” dan “sebagian” tidak boleh digunakan baginya. Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebas daripada bentuk melalui pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat ini melalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawa kita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh masa (zaman). Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.
Begitu juga kita patut tahu bahawa hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul sebelum alam, tidak juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar bagi kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur (jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan berlaku seperti dituangkan dalam Al Quran An Nahl:85 berikut ini “Dan apabila orang-orang zalim telah menyaksikan azab, maka tidaklah diringankan azab bagi mereka dan tidak puIa mereka diberi tangguh. “ dan perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera yang meliputi dan yang mampu diterima oleh akal. Jika kita katakan ia adalah alam, kita berkata yang benar. Jika kita katakan ia bukan alam, kita juga berkata yang benar. Jika kita katakan ia adalah yang Haq atau bukan Yang Haq, kita juga berkata yang benar. Ia menerima semua ini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan ‘tiada-hubungan’ dengan ‘tiada-hubungan’nya bagi Yang Haq.
Jika kita kemukakakan contoh yang mempermudahkan kefahaman kita, lihatlah pada zat kayu pada sekeping papan, kursi, mimbar, kotak dan yang lainnya. Perhatikan juga pada bentuk empat persegi dan yang semisalnya dalam bentuk pada segala macam bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaan empat persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-benda tersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan berpecah-pecah). Perhatikan juga kepada warna-warna: putihnya pakaian, permata, kertas, gandum, minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih itu yang nyata pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah keadaannya dengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ini akan membuat Kita memahami alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebar mengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha’ al-Jadawil w ad-Dawa’ir.
Ada pula yang ketiga diketahui, yaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakrawala, dan langit yang dikandungnya, air dan tanah dan alam yang dikandung di antara keduanya. Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempat yang diketahui yaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia ini, yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,“Dia permudahkan bagi Kita apa yang di langit dan apa yang di bumi, semuanya, daripada-Nya”. Siapa-siapa yang mengetahui perkara-perkara yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh diketahui yang dicarinya. Dari empat yang diketahui itu adalah yang hanya kewujudannya yang diketahui – Yang Haq, semoga Dia dipersucikan! Perbuatan-Nya dan sifat-Nya hanya diketahui secara mengadakan perumpamaan. Sebagiannya diketahui dengan mengadakan misal – seperti pengetahuan Hakikat Alam. Sebagiannya diketahui melalui kedua-dua aspek, dan melalui ‘apakah ia’ dan ‘bagaimanakah ia’: alam dan manusia.
Bagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba’) Hakikat Muhammad
“Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Dia” (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan kepada Hadis ini, “Dia kini sebagaimana Dia dahulu”. Tidak ada nilai yang Dia belum tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahwa Dia membawa alam kepada wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya. Bila Dia berkehendak akan alam ini wujud dan mengawalinya menurut had yang Dia ketahui melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan dari kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajalli dari kenyataan ‘tiada-hubungan’ atau tanzih kepada Hakikat Alam. Hakikat yang terhasil daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba’) yang seperti gipsum yang yang dibentuk oleh pembentuk yang dalamnya dia boleh dibukakan sembarang bentuk dan rupa yang dia mau. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana diceritakan oleh Sayidina ’Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan.
Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah menamakannya keseluruhan yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia terkandung dalam seluruh alam maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerima dari-Nya dalam habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah diperolehnya, seperti sudut bilik menerima cahaya dari lampu, dan kekuatan sinarannya dan penerimaannya bergantung kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allah berfirman, ” Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (24:35). Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi, tidak ada yang terdekat untuk menerimanya di dalam habuk itu kecuali Hakikat Muhammad s.a.w, yang dinamakan Akal. Jadi ia adalah penghulu (imam) bagi sekalian alam maya dan yang pertama untuk muncul dalam kewujudan. Wujudnya datang dari Cahaya Ilahi dan dari habuk dan dari Hakikat Alam.
Sumbernya wujud dalam habuk itu. Sumber alam maya datang dari tajallinya. Orang yang paling hampir dengannya ialah Sayidina Ali ibn Abi Talib, dan rahasia-rahasia Nabi-nabi.
Bagi model (misal) dimana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah pengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq. Allah mengetahui kita dengan pengetahuan tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada kewujudan menurut apa yang Dia ajarkan kepada kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jika perkara itu bukan seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan, bukan disengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya. Adalah mustahil rupa bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja. Jika ia hanya bukan demikian bentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh Allah dan dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa kita kepada kewujudan atasnya, dan rupa bentuk ini tidak akan diperolehi daripada yang lain kerana ternyata bahwa Allah “telah ada Dia dan tiada sesuatu beserta Dia”. Jadi yang tinggal ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalam Diri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya. Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita. Misal kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita, adalah diluar kandungan masa dengan di luar kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah sifat-Nya, dan yang terkandung oleh masa tidak bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk yang demikian!
Matlamat alam maya
Sebagaimana kenyataan,, “Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?” jawabannya Allah berfirman, “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (QS. Adh Dhaariyat:56). Dia telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai sebab Dia membawa kita kepada kewujudan. Ia sama dengan alam maya seluruhnya apabila Allah katakan jin dan manusia secara khusus. Di sini jin adalah semua yang tersembunyi, juga malaikat atau sesuatu yang lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,“ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".’” (QS. Al Fusilat:11) Dia juga berfirman,“ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,” (QS. Al Ahzab:72).Itu karena ia hanya tawaran. Jika ia perintah, mereka akan mentaatinya dan melaksanakannya kerana mustahil mereka boleh ingkar. Mereka diciptakan untuk itu (taat), tetapi jin yang dijadikan daripada api dan manusia tidak diberikan demikian.
Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata
Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari kalangan mereka yang berpegang kepada penyelidikan dan pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil, yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memiliki pertimbangan terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang benar. Perkara itu adalah demikian bagi kami memandang pada keseluruhan alam maya ini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan melalui kekeramatan yang seseorang miliki, yaitu pendapat ilmu mengenai ini. Bagaimanapun mereka mengatakan, “Ini adalah benda yang tak bernyawa yang tidak boleh berfikir”. Mereka berhenti pada apa yang pandangan mereka ceritakan kepada mereka. Menurut kami, kedudukannya berbeda daripada yang demikian.
Bila dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w mengenai batu berbicara, atau biri-biri atau batang kayu, mereka katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanya ketika itu. [1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia adalah rahasia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua “yang mendengar seruan muazzzin, basah atau kering, akan menjadi saksi baginya” [Ibn Majah, Nasa’i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan daripada pengetahuan. Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada kita, bukan melalui pemikiran orang yang melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh maklumat yang kelihatan dan tidak lebih dari itu. Siapa-siapa yang mau memperolehnya haruslah mengembara pada jalan Sufi dan berpegang kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akan memperkenalkannya dengan semua ini secara langsung. Jadi dia akan tahu bahawa manusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat ini.
Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama
Allah membawa alam maya kepada kewujudan bagi kita untuk menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa bahan kekuasaan, kemurahan tanpa karunianya, pemberi tanpa pemberian, penolong tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yang dikasihankan adalah hakikat yang kosong daripada keesaan. Allah jadikan makhluk dalam alam ini campuran seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat. Kemudian Dia asingkan individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggam memasuki genggam yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengan saudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui. Ahli fikir berbeda dalam kebolehan mereka dalam mengeluarkan kecacatan dari kebaikan dan kebaikan dari kecacatan. Matlamatnya ialah penyucian daripada campuran tersebut dan membedakan dua genggaman tersebut sehingga yang satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah seperti firman Allah,“ supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi.” (QS Al Anfal ::37). Dan Siapa-siapa yang ada dengannya sebagian daripada campuran itu ketika dia meninggal dunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada Hari Kebangkitan.
(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman" QS. Al Hijr 46
Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga). QS Saba 37
Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik, ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. QS Fusilat 40
Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik dari padanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari pada kejutan yang dahsyat pada hari itu. QS An Naml 89
Walau bagaimanapun, sebagian manusia bebas daripada campuran ini dihisabkan, dan sebagiannya hanya bebas di dalam Jahannam. Bila dia sudah dipersucikan, dia keluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke dalam salah satu genggaman di sini, dia akan berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada kuburnya kepada pengampunan, atau siksaan dan Jahim. Dia sudah dipersucikan. Ini adalah penjelasan mengenai matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalam zat-Nya (seperti dua kami). Dari sini kita dapat katakan golongan ahli neraka menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai Yang Merahmati. Ini adalah rahasia yang mulia. Mungkin Kita akan memperolehinya pada tempat tinggal yang akan datang secara penyaksian, Insya’ Allah. Mereka yang arif memperolehinya dalam dunia ini.
Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang semisalnya pada manusia
Mengenai apa yang berkenaan sfera alam besar dan alam kecil yaitu manusia, dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dan golongannya. Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain. Mari kita jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang satu adalah salinan kepada yang satu lagi. Penjelasan tentang takaran dalam bentuk sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha’ ad-Dawa’ir wa’l-Jawadil yang permulaan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-’Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga, semoga Allah merahmatinya! Dalam catatan ini dimasukkan ringkasan mengenai apa yang bersangkutan dengannya.
Dan dikatakan alam ini empat: alam langit, yaitu alam yang bergerak; alam perubahan, yaitu alam pemusnahan; kemudian alam kehidupan yaitu alam yang bergerak dan musnah; dan alam asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar, yaitu yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, yaitu manusia.
Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy Yang Meliputi yang persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yang persamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang persamaan dalam manusia ialah hati. Ada pula malaikat yang persamaannya dalam manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya, yang persamaannya pada manusia ialah bakat ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yang persamaannya pada manusia ialah bakat mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga Mars dan bulatannya yang persamaannya pada manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada juga matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikir dan bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian ada bulan dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan indera dan anggota yang ada daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan persamaannya dalam manusia.
Alam perubahan termasuk bulatan ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api dan persamaannya pada manusia ialah cacar air perang kekuningan yang rohnya ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas dan basah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah air liur. Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang rohnya sejuk dan kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan menyimpan.
Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah putih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak, daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang.
Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang persamaannya adalah bakat-bakat pada manusia. ia termasuk alam hayawan yang persamaannya apa yang ditangkap oleh deria pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apa yang tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yang persamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia.
Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih, warna-warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada pula “bagaimana” yang persamaannya ialah keadaan seperti sehat dan sakit. Kemudian ada “berapa banyak” yang persamaannya “paha lebih panjang daripada lengan”. Kemudian ada pula “di mana” yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kaki sebagai tempat bagi paha. Kemudian ada “masa” yang persamaannya “saya gerakkan kepala saya pada ketika tangan saya bergerak”. Kemudian ada pula perbandingan (idafa) yang persamaannya ialah “Ini bapa saya, maka saya anaknya”. Ada pula tempat yang persamaannya ialah “bahasa saya dan loghat saya”. Ada pula kata-kerja yang aktif yang persamaannya ialah “Saya sudah makan”. Ada pula kata-kerja yang pasif yang persamaannya ialah “Saya sudah kenyang”. Sebagiannya mempunyai bentuk yang berbeda dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah, keledai, singa dan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang menerima bentuk makna yang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan. “Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu bodoh maka ia adalah keledai. Yang ini pula berani maka ia adalah singa. Yang itu pula penakut maka ia adalah lipas”.
“ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).” (QS. Al Ahzab:4)
Sumber : Futuhat Al Makiyah
Silahkan Klik Download untuk memiliki naskah ini
0 Response to "AWAL TERCIPTANYA ROHANI "
Post a Comment